Sunday, 27 March 2016
Perangi Sindrom Monday Blues
Monday Blues? Katakan TIDAK kepada stigma negatif hari Isnin dengan melakukan perkara-perkara mudah ini:
1. Elakkan 'hidup' untuk hari minggu
Kajian menunjukkan bahawa individu yang tertekan dengan kerja lebih gembira pada hari minggu. Elak menanti hari minggu untuk bergembira; cuba rancangkan aktiviti yang menyeronokkan pada hari bekerja, contohnya menonton wayang bersama teman atau pasangan.
2. Relaks
Jika mahu menghabiskan masa sehingga lewat malam, lakukannya pada malam Jumaat atau Sabtu. Jadikan Ahad sebagai hari bersantai di rumah dan berehat secukupnya.
3. Bangun Awal Pada Hari Minggu
Seronoknya tidur sehingga waktu tengah hari! Namun, ia sebenarnya mengganggu corak tidur dan menyebabkan anda berasa letih pada pagi Isnin. Mematuhi kitaran waktu tidur yang sama akan membuatkan anda rasa bertenaga dan cukup rehat sepanjang minggu.
4. Buat Persediaan Pada Malam Ahad
Kurangkan stres pagi Isnin dengan membuat persediaan awal. Siapkan perkara-perkara mudah seperti pakaian atau sarapan untuk hari esok.
5.Tidur Awal
Dapatkan tidur yang secukupnya (7-9 jam) pada hari Ahad supaya anda lebih bertenaga untuk memulakan minggu bekerja.
6. Makan Sarapan
Nampak remeh, tetapi sarapan sangat penting untuk merangsang metabolisma di permulaan hari. Makan hidangan yang seimbang dan mencukupi untuk jump-start hari anda.
7. Dengar Muzik
Semasa bersiap atau dalam perjalanan ke tempat kerja, dengar muzik yang ceria dan menyeronokkan untuk meningkatkan mood bekerja anda.
8. Bersenam
Lakukan senaman atau rutin workout ringkas pada waktu pagi; aktiviti ini membebaskan hormon endorfin yang merupakan penawar stres semulajadi.
9. Tampil bergaya
Gayakan outfit yang dibeli pada hari minggu pada pagi Isnin, atau beri kejutan dengan memakai warna terang seperti merah.
10. Senyum
Stay positive! Senyum ketika bangun dari tidur dan semasa mandi, dan sebarkan aura positif anda dengan memberikan senyuman kepada semua orang yang anda temui.
11. Elakkan Melekat Di Meja Sepanjang Hari
Ambil beberapa minit setiap jam untuk refresh dengan melakukan regangan atau menghirup udara segar, serta elakkan makan tengah hari di dalam pejabat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment