Thursday, 24 March 2016

Morning Sickness

Rasa loya atau mual seringkali dialami si ibu yang bakal menerima kehadiran ‘orang baru’. Terdapat segelintir wanita yang mengalami kesukaran ini di peringkat awal kehamilan. Namun, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang kesulitan atau muntah-muntah walaupun hamil bayi sulung. Bagi yang mengalami simptom yang mencetuskan ketidakselesaan ini, panduan berikut boleh anda ikuti.

1)Minum setengah gelas air atau jus buah-buahan segar
Wanita hamil digalakkan untuk menambah kuantiti cecair di dalam badan. Caranya dengan minum setengah gelas air atau jus buah-buahan segar dengan lebih kerap. Cecair yang banyak di dalam badan tentunya membuatkan anda sering berulang-alik ke tandas. Jangan sekat urine anda! Ini kerana ia mampu menyingkirkan Beta HCG.

2)Usah berhenti mengunyah
Bagi mengelak rasa mual, anda perlu mengambil makanan ringan seperti biskut, buah-buahan kering termasuk kismis, kurma, prun, epal dan kekacang. Kandungan glukosa dan serat tinggi yang terdapat dalam buah-buahan kering melancarkan pembuangan air.

3)Elakkan ubat-ubatan
Jangan mengambil ubat-ubatan untuk melegakan rasa loya. Sekiranya anda mengalami mual yang teruk, dapatkan bantuan segera dari doktor.

4)Atur pola makan
Sudah pasti nutrisi yang cukup diperlukan bagi tumbesaran janin di dalam kandungan. Elakkan dari meninggalkan waktu makan yang ditetapkan kerana perut yang kosong akan menyebabkan angin di dalam perut. Ia sekaligus mengakibatkan anda berasa lebih mual.

5)Pilih kesibukan
Cuba untuk melakukan aktiviti mengemas rumah yang ringan walaupun memenatkan. Kelekaan anda menguruskan rumah dapat melupakan seketika rasa tidak selesa.

No comments:

Post a Comment