Terdapat beberapa ramuan masker/scrub yang boleh di amalkan. Di antaranya ialah:
Betik
- Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam.
Tomato
- Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.
Mentimun
- Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.
Epel
- Kisar sebiji epel yang telah dibuang pulur dan biji. Kemudian dicampur dengan 1 sudu makan madu. Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.
Strawberry
- Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.
Karot
- Kisar sebatang karot dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan dibiar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.
No comments:
Post a Comment