Monday, 21 March 2016

Fakta : Kebaikan dan Keburukan Kopi



Kopi adalah minuman kedua yang paling popular di dunia selepas teh. Bukti terawal minuman teh dalam dunia moden adalah pada abad ke 5 di Yaman. Seterusnya ia berkembang ke Mesir dan Utara Afrika. Pada abad ke 16 ia mulai  popular di sebahagian  Negara Timur Tengah, Persia dan Turki. Kemudian terus berkembang ke Itali dan negara negara eropah lain.

Banyak pakar pemakanan yang telah menjelaskan kebaikan dan keburukan meminum kopi. Semuanya bergantung kepada metabolisme individu peminum kopi tersebut. 

Kebaikan Kopi

Kebaikan Kafien dalam Kopi


Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.

No comments:

Post a Comment