Tuesday, 1 March 2016

FAKTA! CERAHKAN KAWASAN BAWAH MATA DENGAN PETUA INI


Kulit bawah mata adalah kawasan kulit yang paling sensitif. Oleh itu, anda seharusnya memberi perhatian yang lebih terhadap kawasan berkenaan. Lapisan kulit di bahagian itu sungguh nipis dan senang untuk terjejas.
Lingkaran gelap bawah mata atau dark under eye circles adalah perkara yang normal untuk terjadi kepada semua individu, walau bagaimanapun, punca terjadinya masalah itu adalah berlainan antara satu dengan yang lain.
Salah Faham Mengenai Lingkaran Gelap Bawah Mata
Tidak dinafikan, ramai yang menganggap lingkaran bawah mata adalah berpunca oleh waktu tidur yang tidak mencukupi. Walhal, itu bukanlah sebab yang munasabah untuk permasalahan ini.
Terdapat banyak faktor mengapa lingkaran gelap ini berlaku. Demi melawan serta menghapus lingkaran gelap ini, ada baiknya jika kita ketahui puncanya terdahulu. Di samping itu, ada banyak petua semula jadi yang bisa merawat serta menghapus lingkaran gelap bawah mata.
Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata
Alahan: Alahan serta masalah hidung tersumbat boleh menjadi sebab utama lingkaran gelap bawah mata. Walaupun masalah hidung tersumbat kedengaran remeh, tetapi ia sebenarnya menyebabkan urat yang berhubung dari kawasan sekeliling mata hingga ke dalam hidung mengembang dan menjadi gelap. Ini termasuk alahan kepada makanan serta alahan terhadap persekitaran.
Kekurangan Vitamin: Kekurangan zat atau kandungan vitamin dalam badan akan mengakibatkan lingkaran gelap bawah mata. Ini kerana, kulit adalah organ yang paling besar pada badan manusia. Jika terdapat kekurangan zat yang menyebabkan kondisi badan anda bermasalah, kulitlah yang akan mendapat tempias. Anda mungkin kekurangan vitamin B12, E, K, dan D.
Keturunan: Ada logiknya juga jika masalah lingkaran bawah mata ini disokong oleh faktor genetik atau keturunan. Sebagai contoh, seseorang individu itu mewarisi lapisan bawah mata yang terlalu nipis sehingga urat-urat di bawah lapisan kulit bawah mata terlihat lebih menonjol, menyebabkan kompleksi tona wajah menjadi gelap. Inilah sebab mengapa lingkaran gelap itu lebih menyerlah.
Lemah Hati: Jika organ hati anda tidak dapat berfungsi dengan baik, adalah sukar baginya untuk menghapuskan serta menyah toksin daripada badan. Ramai yang mengakui mereka dapat melihat perbezaan lebih baik terhadap penampilan lingkaran gelap bawah mata mereka selepas melakukan pembersihan hati dan detoksifikasi.
Petua Semula Jadi Untuk Mengurangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata
Vitamin E Topikal

Merujuk kepada satu kajian, penggunaan krim yang kaya dengan kandungan Vitamin E boleh mengurangkan keterampilan lingkaran gelap bawah mata.
Pudina

Menempel campuran atau pes daun pudina yang telha hancur pada bahagian bawah mata dikatakan amat berkesan untuk mengurangkan warna gelap berkenaan.
Vitamin A, C, E dan K Topikal
Krim yang mengandungi Vitamin A, C, E dan K secara efektifnya bisa membaiki lingkaran bawah mata apabila di sapu 2 kali sehari. Labu juga boleh digunakan sebagai masker bawah mata kerana mengandungi Vitamin A, C dan K.
Ubi Kentang

Untuk menggurangkan lingkaran bawah mata serta bengkak, anda boleh manfaatkan hirisan ubi kentang atau sapu jus ubi kentang pada kawasan kulit yang terlibat.
Uncang Teh

Uncang teh yang telah disejukkan boleh membantu mengurangkan lingkaran gelap serta-merta. Selepas merendam uncang teh dalam beberapa ketika, simpan ia di dalam peti sejuk sebentar. Selepas sejuk, letak ia pada permukaan bawah mata selama 15 – 20 minit.
Tidur Yang Cukup

Kekurangan tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap ini, tetapi, ia akan mengeruhkan masalah tersebut. Jika anda mendapat tidur yang kurang, kulit anda akan hilang keanjalan serta kelembapan.
Dehidrasi
Kekurangan air dalam badan akan menyerlahkan lagi penampilan lingkaran gelap berkenaan. Apabila badan anda mengalami dehidrasi, anda akan hilang kelembapan kulit, sekaligus memberi kesan buruk terhadap kawasan sensitif bawah mata.
Kurangkan Pengambilan Garam Berlebihan 

Garam dan elektrolit diperlukan untuk badan berfungsi. Tetapi, jika diet pemakanan anda merangkumi pengambilan garam yang berlebihan, ia akan mendorong aktiviti pengumpulan air dalam badan yang tidak normal di antara tisu dan rongga badan. Oleh itu, gantilah dengan pengambilan/penggunaan garam laut mahupun garam Himalaya jika perlu.
Selamat Beramal!

No comments:

Post a Comment