Jumlah toksin yang banyak terkumpul di dalam badan akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit. Kandungan yang terdapat dalam buah dan sayur terbukti dapat membuang toksin-toksin yang terperangkap dalam tubuh. Dengan melakukan detoks, anda akan mendapat nutrisi dari porsi sayur dan buah-buahan yang biasanya tidak anda peroleh sehari-hari. Salah satu kelebihannya yang lain adalah anda akan merasa lebih fokus dan merasa lebih bertenaga kerana kualiti tubuh anda tidak lagi mengandungi makanan-makanan yang diproses dan terbebas daripada penggunaan bahan kimia. Bahkan, kebanyakan mereka yang melakukan detoks juga merasakan tidur mereka adalah lebih berkualiti.
SINGKIRKAN TOKSIN
JUS BUAH
Usah gusar seandainya anda masih baharu dalam soal ini. Ramai pakar pemakanan mengatakan bahawa untuk bermula, anda tidak seharusnya memilih jus dengan rasa yang keterlaluan sehingga terlalu masam atau terlalu banyak memilih kandungan sayuran sehingga membuat rasanya kurang enak diterima oleh lidah. pemilihan buah-buahan yang digemari adalah langkah pertama yang perlu dititikberatkan. Seandainya, sudah menjadi kebiasaan bagi anda meminum jus buah-buahan yang digemari mengikut selera anda.
BERSEDIA
Persiapkan tubuh anda. Mulai saat ini, kurangkan segala pengambilan makanan yang mengambil masa penghadaman yang terlalu lama, makanan yang banyak mengandungi tenusu atau karbohidrat dan daging lembu. Sebaliknya, perbanyakan pengambilan makanan daripada sayur-sayuran, bijirin penuh dan air putih yang mencukupi setiap hari.
HINDARI MAKANAN SEGERA
Untuk membersihkan tubuh anda dengan lebih cepat ialah dengan mengelakkan diri anda daripada terus mengambil makanan yang diproses seperti makanan-makanan segera. Namun, perbanyakkan meminum air putih. Selain itu, pada saat ini anda juga boleh memulakan pengambilan minuman teh herba. Selain merupakan sumber antioksidan paling kuat yang dapat membantu dalam memperbaiki fungsi tubuh, ia juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan dapat mengurangi berat badan.
No comments:
Post a Comment