Wednesday 2 March 2016

INFO RESDUNG atau SINUSITIS


Resdung atau sinusitis adalah keadaan rongga sinus mengalami keradangan. Sinus adalah rongga udara yang terletak dalam tulang muka di sekeliling hidung.
.
TERDAPAT 4 SINUS UTAMA
1) Sinus Frontal
2) Sinus Maksila (Maxillary)
3) Sinus Etmoid (Ethmoid)
4) Sinus Sfenoid (Sphenoid)
Sinus di selaputi dengan miukusa
.
Resdung atau sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.



Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.
.
Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.
.
Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.
.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.
.
Seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera. Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.
.
80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.
.
Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

No comments:

Post a Comment