Rutin harian yang sibuk kadang membuatkan kita terlupa untuk makan tepat pada waktunya. Mungkin dianggap satu hal yang remeh tetapi hakikatnya, kesannya pada tubuh amat ketara sekali. Ya, siapa sangka cara ini boleh mengundang penyakit?
Ada beberapa lagi kesan buruk yang boleh muncul jika anda memang suka tangguh makan. Antara yang biasa berlaku ialah:
1. Perubahan hormon
Mungkin sibuk uruskan anak, itu yang sampai tangguhkan waktu makan. Ini yang buat ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Lagi parah membuatkan pertambahan berat badan dan terpaksa berdepan dengan situasi mudah berasa tertekan dan pening kepala
2. Masalah pencernaan
Makanlah tiga hari sekali bagi mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Pastikan menu yang diambil seimbang dan bernutrisi . Hal ini amat penting agar fungsi sistem pencernaan berjalan lancar dan teratur.
3. Naik berat badan
Kalau nak menurunkan berat badan dengan cara ‘mencuri’ waktu makan, itu cara yang salah! Ini hanya akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan akhirnya menjadikan berat badan anda semakin bertambah.
4. Mudah penat
Pola pemakanan yang tidak teratur akan melambatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, anda mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Ini akan mempengaruhi fungsi normal dari keseleuruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.
5. Penghidap diabetes kena jaga-jaga
Kalau ada penyakit diabetes, menangguhkan waktu makan hanya akan menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh. Kurangnya sumber glukosa dalam badan boleh membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.
6. Jejaskan kesihatan otak
Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak. Kalau anda menangguhkan waktu makan, kandungan glukosa dalam badan mula berkurang. Secara tidak langsung ini menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan kurang berfungsi dengan baik.
No comments:
Post a Comment