Monday 15 February 2016

6 STEP MUDAH NAK KURUS DENGAN HANYA MINUM AIR PUTIH



Apa azam anda sempena tahun baru? NAK KURUS? Rasanya ini azam setiap tahun yang sukar untuk dilaksanakan dan terusan di bawa ke setiap tahun, termasuklah tahun ini. Kalau nak kurus, kenalah disiplinkan diri.
Untuk pengetahuan anda, bermula dengan minum 500 ml air 30 minit sebelum makan, anda dapat mengurangkan lemak dalam badan. Malah, kajian telah membuktikan bahawa dengan minum air sebelum makan, ianya berkesan menurunkan berat badan walaupun untuk orang yang mengalami obesiti.
Disebabkan itu, Wanista ingin kongsikan beberapa step mudah anda boleh cuba lakukan dengan hanya mengamalkan minum air putih sebanyak mungkin. Tetapi pada anda yang tak suka atau jarang minum, bolehlah ikut alternatif lain.
Step 1 – Cuba mulakan dengan meminum 500 ml air 30 minit sebelum makan. Air akan membuat perutmu merasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makanmu.
Step 2 – Elakkan minuman yang mengandungi kalori seperti soda, kopi, dan minuman manis. Minum air putih saja sebanyak-banyaknya.
Step 3 – Kajian membuktikan bahawa minum air putih sejuk akan mempercepatkan metabolisme tubuh. Kerana itulah perbanyak minum air sejuk dalam sehari.
Step 4 – Selalu hitung jumlah air yang masuk dalam tubuh. Minumlah sekurang-kurangnya 10 gelas air dalam sehari jika kamu memang ingin menurunkan berat badan.
Step 5 – Anda juga harus memperhatikan jumlah peluh yang keluar. Jika anda memang sering berpeluh selalu tambah pengambilan air putih dalam tubuh.
Step 6 – Ganti makanan ringan, meroko atau minuman manis dengan air putih. Saat lapar dan ingin makan snek ambil air putih dan minum sampai habis. Ini akan membiasakan diri untuk minum air putih sekaligus menjalani kehidupan yang lebih sihat.

No comments:

Post a Comment