Haruman dan personaliti.
Feminin
• Gadis yang berkarakter feminin sesuai mengenakan haruman yang diekstrak dari bunga-bungaan.
• Ianya melambangkan kelembutan dan manis bersantun.
Elegan
• Gadis yang mempunyai jiwa yang besar dan bersemangat di dalam apa jua yang dilakukan. Haruman yang berasaskan akua menjadi pilihan.
Sofistikated
• Drama? Agak sebati dengan diri si gadis ini. Bukannya keterlaluan, namun sedikit drama di dalam rutin hariannya pasti menceriakan hari-harinya. Yang pasti, haruman berkombinasi keindahan alam semulajadi mampu hilangkan stres.
Klasik
• Penuh dengan keyakinan dan mempunyai ciri-ciri klasik. Pilihan haruman yang berunsurkan sitrus, amat mengujakan.
Tip Hijabista
• Elakkan menyimpan wangian di tempat yang terlalu panas dan sejuk, kerana ia mungkin akan menyebabkan perubahan pada not bauan dan kandungannya.
• Untuk wangian kekal lama, sentiasa amalkan pemakaian losyen daripada rangkaian yang sama.
• Semburkan wangian pada udara dan berjalan ke arah percikan itu untuk semburan sempurna pada badan.
• Ketika memilih wangian, semburkan dulu pada pergelangan tangan anda, dan biarkan selama beberapa jam. - hb
No comments:
Post a Comment