Sunday, 28 February 2016

10 Makanan Mengurangkan Jerawat



Jika bimbang jerawat muncul di saat-saat tibanya waktu dating kamu, ambil banyak makanan-makanan seperti yang dinyatakan di bawah ini yang mampu menentang kemunculan jerawat dari dalam.

1.Teh Hijau
Organik kaya dengan ‘anti-inflammatory chemical’ yang dipanggil catechins. Ia membantu menentang radikal bebas sambil mengelakkan garis halus di wajah.

2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun atau minyak bijan mengandungi asid esen lemak yang baik untuk kesihatan. Lemak adalah bahagian yang perlu dalam membran sel dan membantu menyuburkan kulit yang menyinar dari dalam.

3. Walnut
Ianya kaya dengan minyak Omega-3, satu lagi anti-oksida yang sangat baik dan membuatkan kulit lebih kenyal dan fleksibel. Minyak omega-3 juga boleh didapati daripada minyak ikan. seperti salmon atau minyak biji flaks.

4. Buah beri
Seperti beri biru, raspberi, kranberi kaya dengan phytochemicals yang berupaya melindungi sel kulit.

5. Jus Lemon
Jus lemon adalah penyental semula jadi dan boleh digunakan untuk mengelakkan tetua dan sunspots. Letakkan hirisan lemon pada kulit yang bermasalah dan biarkan selama 10 minit setiap hari selama seminggu. Cara lain, sental wajah secara lembut dengan lemon bersama setengah sudu teh gula beberapa minit. Elakkan daripada terkena mata dan berhenti serta-merta jika wajah memberi efek tidak baik terutamanya bagi yang berkulit sensitif.

6. Tembikai
Ianya dipercayai oleh sesetengah orang mampu menjadi penyental wajah untuk kulit cantik berseri. Mungkin ada benarnya kerana tembikai kaya dengan vitamin A, B dan C. Buah yang mengandungi banyak air berupaya menyalurkan lembapan pada kulit dan jika diurut dengan lembut pada kulit akan menggiatkan pengaliran lymphatic.

7. Produk tenusu rendah lemak
Ia antara produk yang mampu menyalurkan vitamin A yang penting untuk kesihatan kulit. Pakar juga turut memperakui kesihatan kulit bergantung pada sebanyak mana vitamin A diambil.

8. Roti kaya serat, bijirin dan kacang Brazil
Antara makanan yang sangat baik untuk diet seseorang. Kesemua makanan ini mempunyai hubungan rapat dengan mineral selenium. Pakar berkata, selenium memainkan peranan penting dalam kesihatan sel kulit. Ada kajian yang membuktikan kerosakan kulit akibat matahari dapat dikurangkan jika paras selenium dalam tubuh tinggi.

9. Yogurt
Adalah sumber kecantikan semula jadi yang penting. Amalkan sapu dadih (yogurt), di muka setiap pagi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan, sihat dan lembut. Campuran yogurt dan jus lemon juga adalah pasangan ideal untuk kelembutan tangan.

10. Air
Seperti yang diketahui mempunyai 1001 khasiat untuk kecantikan mahupun kesihatan. Apabila bercakap tentang air dan kecantikan, ia mestilah datang daripada sumber air tulen/mineral dan bukannya yang telah dicampurkan soda atau bahan-bahan lain.

Wednesday, 24 February 2016

Lima tabiat buruk tapi baik untuk kesihatan anda


Mungkin ramai menyangka tabiat buruk seperti menggigit kuku, tidak mandi dan tidak memberus gigi selepas makan membawa mudarat kepada kesihatan diri.
Berikut lima tabiat buruk yang memberi kesan baik kepada kesihatan manusia:
1 Menggigit kuku
Menggigit kuku adalah tabiat buruk di khalayak ramai tetapi memasukkan jari ke dalam mulut sebenarnya membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.
“Manusia biasa menyentuh mulut mereka dan apabila kita lakukan itu, kita mengitar semula mikrob seperti bakteria dari satu bahagian badan ke bahagian lain.
“Kita terlalu takut dengan bakteria tetapi bakteria itu sahabat kita. Lebih banyak kita berhubung dengannya, lebih kebal badan kita,” kata Tim Spector, profesor kajian kulit di King’s College di sini.
2 Mengelak mandi
Tiada pakar menyarankan agar kita tidak mandi langsung tetapi mandi menggunakan air panas dan lama pula boleh menanggalkan minyak di kulit yang boleh melindungi anda.
“Keadaan kulit kering, biasanya berlaku pada orang muda dan berusia, disebabkan mandi berlebihan, menggunakan air panas dan menggunakan sabun kesat.
“Jangan bimbang jika tertinggal mandi harian – ia membantu memulihkan kulit. Jika anda mandi, pastikan ringkas, rendahkan suhu dan gunakan produk mandian yang lembut,” kata pakar kulit Dr Kannan Athreya kepada laman Medstars.co.uk.
3 Terlupa berus gigi selepas makan
Tabiat malas memberus gigi akan membuatkan orang di sekeliling anda berasa kurang selesa tetapi ia baik untuk kesihatan mulut.
“Sesetengah makanan dan minuman menggalakkan penghasilan asid di dalam mulut,” kata Dr Sameer Patel dari Klinik Elleven di di sini kepada portal itu.
“Masalah terbesar ialah buah yang mengandungi sitrus dan minuman bergas yang menyerang enamel gigi.
“Jika anda memberus gigi sebaik sahaja selepas makan, anda mungkin menolak asid itu mengalir ke lapisan dalam gigi, mempercepatkan proses hakisan.”
4 Tidak kerap cuci tangan
Tiada mudarat jika tidak mencuci tangan sebelum makan kerana ia akan menambah jumlah bakteria dan ia sesuatu yang positif, profesor Spector dilaporkan berkata.
“Jelaslah, seorang tukang masak mesti mencuci tangan sebelum menyediakan makanan tetapi sedikit kotoran di jari semasa makan tidak akan membunuh anda.
“Kita semua obses dengan kebersihan tetapi sebenarnya banyak ahli mikrobiologi yang saya kenal tidak mencuci tangan di tandas awam kerana mereka percaya lebih mudah terkena jangkitan dari sinki yang kotor daripada kuman di tangan mereka,” katanya.
5 Mengelak pembasmi kuman
Prof Spector juga berkata iklan sering mengingatkan agar semua kuman perlu dibasmi tetapi mereka lupa manusia tidak tinggal di persekitaran yang 100 peratus bersih.
Katanya, pembasmi kuman harus digunakan oleh mereka yang menyediakan makanan di atas kapal atau di hospital.
“Menggunakan pembasmi kuman, anda menggantikan mikrob berharga dengan bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan dan melemahkan sistem kekebalan badan.
“Kanak-kanak bawah tiga tahun perlu pelbagai bakteria dalam badan mereka. Kajian menunjukkan mereka yang kurang pelbagai jenis mikrob lebih risiko menghidap kencing manis dan masalah berat badan,” katanya seperti dilaporkan Daily Mirror semalam.

Tuesday, 23 February 2016

Antara Mitos dan Fakta Kecantikan


Masih ramai yang mempercayai akan mitos-mitos yang berkaitan dengan kecantikan dan penjagaan kulit wajah. Tetapi adakah ianya benar atau palsu? EH! senaraikan mitos dan kebenarannya.

Mitos: Jerawat disebabkan memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpa pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.


Mitos: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat atau menjadikannya lebih teruk.

Mitos: Meletakkan makanan seperti timun, putih telur atau jus lidah buaya pada kulit boleh membantu kulit menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.

Mitos: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit menjadi lebih sihat.
Benar/palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit secara ajaib memberi anda kulit yang sihat. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Bangkit Aura Pengantin Dengan Haruman Sesuai

perfume

Wanita dan wangian memang sukar dipisahkan. Lebih-lebih lagi menjelang hari bahagia sedikit sebanyak mewujudkan aura pesona. Pemilihan wangian yang melekap di tubuh atau memakai haruman bukan sahaja memberi kesan sepanjang hari. Ketahuilah cara memilih haruman yang sesuai dan mampu menonjolkan personaliti diri.
– Ambil peluang cuba sampel haruman
Ketika mencari-cari alat kelengkapan perkahwinan, anda disapa oleh jurujual untuk mencuba sampel minyak wangi terbaru yang disembur di atas kertas khas. Anda pula baru sahaja mencuba lebih dari tiga botol minyak wangi di beberapa buah kedai sehingga agak sukar untuk menerima bauan lain. Cara terbaik ialah minta untuk disemburkan pada pergelangan tangan tetapi jangan digosok serta merta kerana ia boleh menghasilkan bau yang pelik dan mengubah bau pewangi.
Tip:
Kalau boleh hadkan pada tiga jenis haruman setiap kali mencuba pewangi. Ini untuk mengelakkan dari terjadinya kelemahan rangsangan apabila menghidu. Anda juga boleh menghidu kopi untuk meneutralkan kembali rangsangan.
– Jangan malas untuk minta pendapat
Biasanya wanita akan membawa ahli keluarga atau rakan ketika membeli belah. Kalau boleh mintalah pandangan mereka sebaik-baiknya wanita, mengenai minyak wangi yang sesuai kerana mereka lebih prihatin dan memahami apa yang dimahukan wanita. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti.
Tip:
Elakkan memilih minyak wangi yang terlalu keras supaya tetamu tidak naik pening. Pastikan anda pilih minyak wangi beraroma segar untuk kekal wangi sepanjang majlis.
– Pilih haruman ikut masa dan keadaan
Pilih haruman mengikut masa serta acara yang akan diraikan. Sebagai contoh, ada minyak wangi sesuai ketika menghadiri majlis bersanding atau berinai, tetapi tidak sesuai dibawa untuk majlis khatam Quran. Begitu juga ketika pertemuan yang menjadi detik terindah pasangan. Haruman yang sesuai pastinya mempunyai aroma yang kuat bagi membangkitkan emosi cinta dan sayang terhadap pasangan.
Tip:
Menyembur minyak wangi pada belahan coli juga dikatakan mampu menyimpan aroma dan dilepaskan secara berterusan untuk kekal lebih lama.
– Ikut biologi tubuh sendiri, bukan tubuh orang lain
Haruman memikat yang dipakai teman sedikit sebanyak mengundang rasa cemburu untuk membeli minyak wangi yang sama. Ketahuilah sebenarnya membeli minyak wangi yang digunakan oleh orang lain tidak digalakkan. Mungkin anda suka bau di badan rakan anda, tetapi tidak semestinya ini sesuai dipakai oleh anda kerana kimia dalam tubuh badan dan personaliti setiap orang berbeza.
Tip:
Jika anda seorang yang cergas dan mahukan kesegaran walaupun dalam keadaan cuaca yang panas, wangian yang paling sesuai ialah seperti ‘bergamot’, ‘orange’, lemon dan ‘petitgrain’, manakala jika mahukan wangian yang menonjol dan rasa sensual terutama di malam hari, pilihlah wangian dari bahan utamanya terdiri dari rempah, pati kayu dan vanila.
Biar apapun pilihan haruman, ia haruslah berdasarkan cita rasa dan identiti diri. Kalau boleh pastikan minyak wangi yang digunakan sesuai dengan acara dihadiri. Usah menyimpan minyak wangi hingga tempoh tiga tahun dari jangka hayat penggunaannya.

Monday, 22 February 2016

Risiko Buat Anda Yang Suka Tangguh Makan. Berubahlah!

mengungkap-tipe-kepribadian-berdasarkan-pola-makan

Rutin harian yang sibuk kadang membuatkan kita terlupa untuk makan tepat pada waktunya. Mungkin dianggap satu hal yang remeh tetapi hakikatnya, kesannya pada tubuh amat ketara sekali. Ya, siapa sangka cara ini boleh mengundang penyakit?
Ada beberapa lagi kesan buruk yang boleh muncul jika anda memang suka tangguh makan. Antara yang biasa berlaku ialah:
1. Perubahan hormon
Mungkin sibuk uruskan anak, itu yang sampai tangguhkan waktu makan. Ini yang buat ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh. Lagi parah membuatkan pertambahan berat badan dan terpaksa berdepan dengan situasi mudah berasa tertekan dan pening kepala

2. Masalah pencernaan
Makanlah tiga hari sekali bagi mendapatkan tubuh dan tahap kesihatan yang konsisten. Pastikan menu yang diambil seimbang dan bernutrisi . Hal ini amat penting agar fungsi sistem pencernaan berjalan lancar dan teratur.

3. Naik berat badan
Kalau nak menurunkan berat badan dengan cara ‘mencuri’ waktu makan, itu cara yang salah! Ini hanya akan mengganggu perjalanan sistem tubuh dan akhirnya menjadikan berat badan anda semakin bertambah.

4. Mudah penat
Pola pemakanan yang tidak teratur akan melambatkan sistem metabolisme dalam badan. Kesannya, anda mudah berasa penat apabila melakukan sebarang kerja. Ini akan mempengaruhi fungsi normal dari keseleuruhan sistem tubuh yang biasa berjalan dengan baik.

5. Penghidap diabetes kena jaga-jaga
Kalau ada penyakit diabetes, menangguhkan waktu makan hanya akan menimbulkan kesan buruk pada kesihatan tubuh. Kurangnya sumber glukosa dalam badan boleh membuatkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

6. Jejaskan kesihatan otak
Tahukah anda bahawa glukosa berfungsi sebagai bahan bakar kepada otak. Kalau anda menangguhkan waktu makan, kandungan glukosa dalam badan mula berkurang. Secara tidak langsung ini menjejaskan perkembangan otak dan membuatkan kurang berfungsi dengan baik.

Friday, 19 February 2016

Ketahui Punca Sebenar Kulit Muka Anda Berminyak



Muka Berminyak. Mempunyai kulit muka berminyak boleh membuatkan wajah kurang berseri. Bahkan menyukarkan anda untuk memilih solekan yang tepat.
Mekap bukan sahaja mudah luntur, tetapi muka kelihatan seperti berkilat, lebih-lebih lagi apabila terkena cahaya matahari. Tentulah nampak tak cantik! Cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan mencuci muka secara teratur, diikuti dengan penggunaan toner khusus untuk muka berminyak. Hal ini adalah penting kerana jika anda tersalah memilih toner, ia akan menyebabkan kuantiti minyak di muka anda semakin bertambah.
Namun, apakah punca yang membuatkan kulit muka berminyak?
1. Makanan yang berlemak
Sebagaimana yang diketahui ramai, makanan yang mengandungi lemak tidak baik untuk kesihatan. Jadi, kurangkan makanan berlemak kerana makanan menghasilkan minyak yang banyak. Selain menyebabkan muka berminyak, ia juga akan menyebabkan terhasilnya jerawat di kawasan muka.

2. Hormon tidak seimbang
Minyak berlebih pada muka merupakan salah satu tanda akil baligh. Bagi orang dewasa pula, muka berminyak akan terjadi disaat anda haid. Oleh itu, anda perlu mengawal setiap aktiviti anda dan makan makanan yang tidak berminyak.

Pemakaian kosmetik akan menghasilkan minyak pada muka. Hal ini adalah kerana kosmetik mempunyai bahan kimia dan boleh menimbulkan efek sampingan bagi kulit yang jenis sensitif. Jadi, pilihlah kosmetik yang diperbuat daripada bahan-bahan mineral.

4. Keturunan
Kadangkala faktor keturunan juga boleh menyebabkan anda turut mengalami masalah muka berminyak. Hal ini tetap bleh diatasi dengan menggunakan kosmetik yang sepatutnya atau mengamalkan petua-petua orang lama.

Petua Mengatasi Kulit Muka Berminyak
Kulit muka berminyak boleh diatasi dengan menggunakan limau nipis. Potong limau nipis kepada beberapa bahagian, kemudian gosokkan ke kulit muka anda. Tetapi ingat, jangan gosok terlalu kuat sehingga menyebabkan rasa pedih di kawasan muka anda. Tunggu selama 15 minit, kemudian bilas wajah dengan air. Lakukan secara rutin sehari sekali.

2. Pisang, Susu, dan Madu
Buah berkulit kuning ini sangat efektif untuk mengatasi masalah muka berminyak. Lumatkan pisang kemudian campurkan dengan susu dan madu. Gaul sehingga sebati dan jadikan ia sebagai masker. Bersihkan dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.


3. Daun Seleri
Potong kecil daun seleri dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian cuci muka dengan menggunakan air tersebut. Biarkan ia kering dengan sendirinya dan bilaslah seperti biasa. Lakukan sekali sehari.

4. Timun
Selain untuk menyegarkan mata, timun juga sangat baik untuk merawat kulit muka berminyak. Kisar timun tadi dan jadikan ia seperti masker selama setengah jam. Kemudian bilaslah seperti biasa. Lakukan 2 kali seminggu.

Campurkan air suam bersama sedikit garam. Cuci muka menggunakan air tersebut. Minyak di muka tidak akan muncul lagi. Lakukan setiap hari agar anda mendapatkan hasilnya.

6. Minum Air Putih
Minum 2 liter air putih sehari akan menjaga taha metabolisme tubuh anda. Ini dapat membantu mengurankan kadar minyak di dalam tubuh.

Gunakan putih telur sebagai masker. Caranya ialah dengan pecahkan telur dan pisahkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur hingga berbuih ringan kemudian sapukan di kawasan muka anda. Selepeas itu, bersihkan menggunakan air suam.

8. Gunakan Kertas Penyerap Minyak
Jika anda melihat muka anda berminyak, tetapi anda berada di pejabat atau di pusat membeli belah anda boleh gunakan kertas penyerap minyak. Ia mudah dan cepat. Jangan gosok kerana boleh mengakibatkan iritasi dan solekan anda mungkin comot. Jadi, tekapkan sahaja kertas penyerap minyak di kawasan yang berminyak.


Wednesday, 17 February 2016

ALAMAK BADAN BERBAU? 6 TIPS INI BOLEH BANTU



Jika anda biasa menaiki pengangkutan awam, mesti dah biasa dengan orang sekelilingi yang mempunyai masalah bau badan. Rasa macam nak beritahu yang badan dia berbau, nak sedekahkan deodoran supaya tak berbau lagi.
Masalah bau badan seringkali dikaitkan dengan peluh yang banyak serta kurang penjagaan kebersihan diri pada ruang-ruang tertentu pada anggota badan.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan agar bau badan itu hilang? Nah tips dari kami.

Makan herba dan rempah ratus – Amalan memakan herba dan rempah ratus seperti ‘Medicago Satina’, ‘Petroselinum Crispum’, dan ‘Rosmarinus Officianlis’ dapat membunuh bakteria di dalam tubuh yang menjadi penyebab utama bau badan akibat berpeluh. Satu lagi cara adalah menggunakan air rebusan sireh yang dicampur garam sebagai air mandian untuk menghilangkan bau badan. Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Diet seimbang – Masalah bau badan juga boleh berlaku sekiranya anda tidak menjaga pemakanan dengan baik dan teratur. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal metabolisme badan sekaligus dapat mengawal berat badan anda. Amalan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari juga dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mengakibatkan masalah bau badan.
Jaga kebersihan tubuh – Pastikan tubuh sentiasa bersih dan dijaga dengan baik. Sekiranya anda melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan badan mengeluarkan peluh dengan banyak, pastikan badan anda kering terlebih dahulu sebelum mandi.
Deodaran – Kalau boleh gunakan deodoran yang sesuai supaya tidak berlaku sebarang iritasi kulit selepas penggunaannya. Carilah deodoran jenis anti peluh supaya baju di bawah lengan anda tidak basah yang boleh mencacatkan penampilan.
Wangian – Ramai menggunakan wangian sebagai penyelamat kepada masalah bau badan. Namun, harus diingat penggunaan wangian semasa badan berpeluh boleh menimbulkan bau yang lebih busuk dan tengik. Pastikan anda menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada waktu itu, badan anda dalam keadaan bersih dan segar.
Timun muda – Caranya sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan hanya dengan mengupas sebiji timun muda kemudian gosokkan di bahagian badan yang berpeluh. Lakukan selepas mandi. Sekiranya anda mandi sebanyak 3 kali sehari, lakukannya sebanyak 3 kali juga untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Monday, 15 February 2016

6 STEP MUDAH NAK KURUS DENGAN HANYA MINUM AIR PUTIH



Apa azam anda sempena tahun baru? NAK KURUS? Rasanya ini azam setiap tahun yang sukar untuk dilaksanakan dan terusan di bawa ke setiap tahun, termasuklah tahun ini. Kalau nak kurus, kenalah disiplinkan diri.
Untuk pengetahuan anda, bermula dengan minum 500 ml air 30 minit sebelum makan, anda dapat mengurangkan lemak dalam badan. Malah, kajian telah membuktikan bahawa dengan minum air sebelum makan, ianya berkesan menurunkan berat badan walaupun untuk orang yang mengalami obesiti.
Disebabkan itu, Wanista ingin kongsikan beberapa step mudah anda boleh cuba lakukan dengan hanya mengamalkan minum air putih sebanyak mungkin. Tetapi pada anda yang tak suka atau jarang minum, bolehlah ikut alternatif lain.
Step 1 – Cuba mulakan dengan meminum 500 ml air 30 minit sebelum makan. Air akan membuat perutmu merasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makanmu.
Step 2 – Elakkan minuman yang mengandungi kalori seperti soda, kopi, dan minuman manis. Minum air putih saja sebanyak-banyaknya.
Step 3 – Kajian membuktikan bahawa minum air putih sejuk akan mempercepatkan metabolisme tubuh. Kerana itulah perbanyak minum air sejuk dalam sehari.
Step 4 – Selalu hitung jumlah air yang masuk dalam tubuh. Minumlah sekurang-kurangnya 10 gelas air dalam sehari jika kamu memang ingin menurunkan berat badan.
Step 5 – Anda juga harus memperhatikan jumlah peluh yang keluar. Jika anda memang sering berpeluh selalu tambah pengambilan air putih dalam tubuh.
Step 6 – Ganti makanan ringan, meroko atau minuman manis dengan air putih. Saat lapar dan ingin makan snek ambil air putih dan minum sampai habis. Ini akan membiasakan diri untuk minum air putih sekaligus menjalani kehidupan yang lebih sihat.

CARA SALAH PEMAKAIAN PERFUME

Anda tak puas hati, orang di sekeliling semua memujinya dek kerana wangi badannya, tapi seorang pun tak puji anda. Kenapa? Kalau anda nak tau, sebabnya adalah anda menggunakan perfume dengan cara yang salah! Gambar di atas adalah contoh memakai perfume dengan cara yang salah. Jangan tiru aksinya, jika anda meniru, AromaKasih tidak akan bertanggungjawab di atas segala kemalangan yang berlaku atas tindakan tersebut! Selain daripada contoh di atas, di bawah ini AromaKasih senaraikan 8 lagi cara yang salah memakai perfume:-
1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah
Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.
2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
3. Pakai di tempat yang salah
Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume.
4. Pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.
5. Pakai perfume di baju
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.
6. Menggosok perfume selepas pakai
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.
7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.
8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Thursday, 11 February 2016

Haruman dan personaliti.

Haruman dan personaliti. 
 
 
Feminin
 
• Gadis yang berkarakter feminin sesuai mengenakan haruman yang diekstrak dari bunga-bungaan.
• Ianya melambangkan kelembutan dan manis bersantun.
 
 
Elegan
 
• Gadis yang mempunyai jiwa yang besar dan bersemangat di dalam apa jua yang dilakukan. Haruman yang berasaskan akua menjadi pilihan.
 
 
Sofistikated
 
• Drama? Agak sebati dengan diri si gadis ini. Bukannya keterlaluan, namun sedikit drama di dalam rutin hariannya pasti menceriakan hari-harinya. Yang pasti, haruman berkombinasi keindahan alam semulajadi mampu hilangkan stres.
 
 
Klasik
 
• Penuh dengan keyakinan dan mempunyai ciri-ciri klasik. Pilihan haruman yang berunsurkan sitrus, amat mengujakan.
 
 
 
Tip Hijabista
 
• Elakkan menyimpan wangian di tempat yang terlalu panas dan sejuk, kerana ia mungkin akan menyebabkan perubahan pada not bauan dan kandungannya.
 
• Untuk wangian kekal lama, sentiasa amalkan pemakaian losyen daripada rangkaian yang sama.
 
• Semburkan wangian pada udara dan berjalan ke arah percikan itu untuk semburan sempurna pada badan.
 
• Ketika memilih wangian, semburkan dulu pada pergelangan tangan anda, dan biarkan selama beberapa jam. - hb

4 Tip Agar Wangi Parfum Makin Maksimal dan Tahan Lama

Menjaga aroma tubuh agar tetap segar dan wangi sepanjang hari seharusnya sudah menjadi keperluan bagi siapa saja. Pasalnya anda adalah mahkluk sosial yang setiap hari akan bekerja dan bertemu dengan banyak orang untuk melakukan perniagaan atau bekerja dengan rakan-rakan pejabat setiap hari.

Tak sedikit yang mengeluh walaupun telah menyembur minyak wangi dari rumah tapi setelah lewat tengah hari hari wanginya mulai pudar sehingga tak tercium lagi aromanya. Apalagi jika banyak melakukan aktiviti di luar tentu hal ini menjadi masalah penting. Dan berikut beberapa cara mudah agar aorma minyak wangi anda semakin tinggi dan tahan lama.

Pakai hanya selepas mandi

Agar wangi minyak wangi anda lebih maksimum, kenakan minyak wangi sebelum berpakaian dan selepas mandi. Usai mandi, liang-liang kulit terbuka dan lebih maksimum menyerap minyak wangi.

Sempritkan pada titik tubuh ini

Jangan menyembur minyak wangi ke tubuh secara sembarangan, kerana hasilnya tidak akan maksimum. Semburan hanya pada titik tubuh yang mengeluarkan suhu panas seperti di pergelangan tangan, di dalam siku, di sela dada, atau bahkan di bawah tekak. Beberapa lokasi ini mempunyai panas badan yang berkesan memancarkan aroma minyak wangi secara semulajadi.

Jangan berlebihan memakainya

Banyak yang mengira jika memakai minyak wangi secara berlebihan akan membuat wanginya tahan lama. Persepsi ini salah, yang ada anda akan mengganggu bau orang-orang disekitar anda kerana wanginya terlalu menyengat.

Parfum seharusnya menjadi aroma tubuh alami yang khas, sehingga siapa saja yang menciumnya akan teringat dengan anda. Sempritkan secara wajar pada titik yang anda perlukan.

Sempritkan pada rambut

Rambut juga merupakan perantara wangi yang sempurna, anda boleh menyembur minyak wangi pada rambut anda agar wanginya tahan lama. Sempritkan pada jarak 10 cm dari rambut anda agar percikan wangiannya menyebar sempurna.

Penggunaan & pemakaian minyak wangi yang betul

Ramai yang pakai perfume. Mungkin sebab peribadi pembersih atau nak pikat kekasih . . Apa-apa sekali pun, nak pakai perfume ada cara. Tapi, awas! Berkemungkinan ada kesalahan atau fakta yang salah disini.
Cara salah pakai minyak wangi.
1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah selapas mandi.
2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
3. Pakai di tempat yang salah
4. Pakai dari atas ke bawah 
Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.
5. Pakai perfume di baju 
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfumedulu baru pakai baju.
6. Menggosok perfume selepas pakai 
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.
7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan 
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfumeakan merosakkan barang-barang tersebut.
8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk 
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangiperfume tersebut.
Cara pakai dengan betul
1. Guna satu perfume pada satu masa
2. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, oleskan perfume atau minyak wangi paling kurang 1 jam sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.
3. Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 7 point utk mengekalkan keharuman perfume iaitu:
1. belakang telinga
2. nadi pada sendi tangan
3. siku
4. ruang bawah dada
5. celah paha
6. belakang lutut
7. pergelangan kaki
Tips extra
1. Sesiapa yang suka bertukar perfume dinasihatkan berhati-hati apabila memakai perfume di pakaian. Kesan perfume yang tertinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian perfume baru. Pakaian juga mungkin boleh rosak disebabkan oleh perfume tersebut.
2. Bagi mereka yang tidak serasi atau sensitif terhadapperfume, cuba gunakan bau yang lebih ringan.
3. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan perfume dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.
4. Bau minyak atar agak kuat.Dan, kebanyakannya tahan lama. Sesuai untuk lelaki.

9 KEBAIKAN VITAMIN E UNTUK LEBIH SIHAT DAN CANTIK