Monday, 18 April 2016

Khasiat Limau Bali


Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air, boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak. Buah limau bali [bahasa Inggeris: Pomelo) bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain.Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.

Nama Tempatan: Limau Bali, Limau Besar atau Limau Tambun
Nama Saintifik: Citras grandis Osbeck
Keluarga: Rutaceae
Asal:
Limau bali berasal dari asia tenggara. Penanamannya didapati meluas di Indonesia, China dan Thailand.
Kawasan Utama Tanaman:
Di Malaysia, limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor.
Kegunaan:
Ia biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus.
Khasiat dan Manfaat 
Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.
Buah limau bali amat bermanfaat menurunkan kolesterol dan melawan penyakit jantung.Selain itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Hal ini dibuktikankan oleh pengkaji di Universiti Friedrich Schiller, Jerman, yang menemukan kaitan kesihatan gusi pada mereka yang banyak makan buah limau bali.
Penelitian melibatkan 58 responden yang mengalami kerosakan gusi yang cukup parah. Kenyataannya, limau bali membawa kesan positif setelah dimakan setiap hari selama dua minggu. Bahkan, kesan positif itu juga berlaku bagi perokok maupun bukan perokok. Seperti diketahui merokok adalah salah satu penyebab utama kerusakan gusi.
Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai sumber antioksidan bagi penyakit kanser.
Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Semasa membuat jus, anda boleh mencampur limau bali dengan bahan atau buah lainnya, sehingga rasanya jadi lebih nikmat.
#Sumber vitamin C dan menurunkan kolesterol
Makan dua “ruang” (ruang dalam buah) limau bali ukuran sedang setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya secara maksima.
#Minuman antioksidan dan antikanser
Ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya. Masukkan ke dalam blender, tambahkan air secukupnya. Boleh juga ditambahkan satu sudu teh madu dan buah lainnya seperti mangga atau pir.
Cara lain, ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya, dan 1 cm halia yang telah dibuang kulitnya. Masukkan seluruh bahan tersebut ke blender dengan ditambah sedikit air.
#Manisan
Potong-potong bahagian kulit limau bali (kulit luarnya dibuang) berbentuk kiub, rebus dengan api kecil selama 60 minit. Buang air rebusannya, tapiskannya, lalu ditimbang. Siapkan gula pasir sama beratnya dengan berat kulit limau yang telah direbus.
Masukkan kulit limau bali yang telah direbus dalam periuk, tambah air hingga terendam seluruhnya, tambahkan gula pasir. Rebus di atas api kecil sambil sesekali dikacau sampai menjadi sirap pekat. Angkat, biarkan kulit limau tetap terendam dalam sirap semalaman.
Esoknya, masak lagi di atas api kecil hingga sirap gula hampir habis. Keluarkan kulit limau dari sirap, hamparkan di atas nyiru, jemur hingga setengah kering. Potong-potong kecil panjang, masukkan ke dalam bekas tertutup. Agar tahan lama (1 bulan), simpan di dalam almari.
Selain dimakan begitu sahaja, manisan kulit, limau bali boleh dicampurkan ke dalam adunan kek, terutama untuk menggantikan manisan yang lain atau kulit limau purut. Manisan kulit limau yang dicampur manisan kering buah-buahan akan memperkaya cita rasa fruitcake.
Perokok juga dianjurkan untuk makan buah limau bali dua “ruang” (ruang dalam buah) setiap hari. Peningkatan kadar vitamin C di dalam darah mampu memperbaiki jaringan yang rosak, bahkan kanser, disebabkan ketidakstabilnya molekul radikal bebas kerana rokok dan polusi udara.

Wednesday, 13 April 2016

Buah turunkan Berat Badan




Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur.

1. Limau gedang

  • Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

2. Oren

  • Berbanding buah lain, oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat.

3. Epal

  • Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.

4. Beri

  • Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

  • Buah ini terdiri daripada 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang.

6. Anggur

  • Kandungan antioksidan di dalam buah ini mampu mencegah gula di dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.

Tuesday, 5 April 2016

CUKA EPAL BOLEH SELESAIKAN MASALAH RUTIN KECANTIKAN ANDA

Anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli produk kecantikan, apabila jawapan untuk masalah kecantikan anda sudah ada di dapur! Cuka epal boleh digunakan untuk beberapa aplikasi yang berbeza.
1. Bilas rambut
Hanya ambil dua sudu cuka epal dan secawan air. Ini adalah cara yang baik untuk menghilangkan bau daripada produk penggayaan rambut. Contohnya, untuk menghilangkan bau ubat rambut selepas anda buat rawatan di salon.
2. Sunburn
Apa yang anda perlu lakukan ialah ½ cawan cuka epal kepada 4 cawan air – campurkan dan sapu pada kulit yangsunburn. 
3. Gigitan serangga
Asid dalam cuka epal ini membantu untuk meneutralkan sengatan dan anda tidak terasa gatal.
4. Rawat kelemumur
Selain menghilangkan bau busuk pada rambut, cuka epal berguna untuk merawat kelemumur. Sebelum mencuci, urut kepala anda – letak sedikit campuran cuka epal bersama air di kulit kepala. Atau campuran satu sudu teh cuka ke dalam syampu biasa anda.
5. Bau kaki
Adakah kaki anda berbau? Rendam dalam semangkuk air dengan cuka epal. Ini juga membantu boleh membantu mencegah keadaan seperti athlete’s foot (kutu air).
6. Facial toner
Cuka epal boleh anda gunakan sebagai toner, sesuai untuk semua jenis kulit. Anda perlu satu bahagian cuka kepada empat bahagian air. Anda juga boleh mengubah toner yang sesuai dengan kulit anda – untuk kulit kering gunakan teh kamomil, untuk berminyak gunakan teh Rooibos. Untuk toner anti-penuaan menggunakan teh hijau.
7. Nafas berbau
Campurka setengah sudu cuka epal dengan satu sudu baking soda, berus pes ini pada gigi anda. Anda juga boleh berkumur dengan cuka epal.
8. Mandian
Adakah anda suka berendam di dalam tab mandi tetapi mendapati garam mandi dan buih merengsakan kulit anda? Gunakan cuka epal, ia mungkin tidak semewah mandi buih tetapi cuka epal melegakan kulit anda.

Thursday, 31 March 2016

Detoks kembalikan kesegaran!


Jumlah toksin yang banyak terkumpul di dalam badan akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit. Kandungan yang terdapat dalam buah dan sayur terbukti dapat membuang toksin-toksin yang terperangkap dalam tubuh. Dengan melakukan detoks, anda akan mendapat nutrisi dari porsi sayur dan buah-buahan yang biasanya tidak anda peroleh sehari-hari. Salah satu kelebihannya yang lain adalah anda akan merasa lebih fokus dan merasa lebih bertenaga kerana kualiti tubuh anda tidak lagi mengandungi makanan-makanan yang diproses dan terbebas daripada penggunaan bahan kimia. Bahkan, kebanyakan mereka yang melakukan detoks juga merasakan tidur mereka adalah lebih berkualiti.

SINGKIRKAN TOKSIN

JUS BUAH
Usah gusar seandainya anda masih baharu dalam soal ini. Ramai pakar pemakanan mengatakan bahawa untuk bermula, anda tidak seharusnya memilih jus dengan rasa yang keterlaluan sehingga terlalu masam atau terlalu banyak memilih kandungan sayuran sehingga membuat rasanya kurang enak diterima oleh lidah. pemilihan buah-buahan yang digemari adalah langkah pertama yang perlu dititikberatkan. Seandainya, sudah menjadi kebiasaan bagi anda meminum jus buah-buahan yang digemari mengikut selera anda.

BERSEDIA
Persiapkan tubuh anda. Mulai saat ini, kurangkan segala pengambilan makanan yang mengambil masa penghadaman yang terlalu lama, makanan yang banyak mengandungi tenusu atau karbohidrat dan daging lembu. Sebaliknya, perbanyakan pengambilan makanan daripada sayur-sayuran, bijirin penuh dan air putih yang mencukupi setiap hari.

HINDARI MAKANAN SEGERA
Untuk membersihkan tubuh anda dengan lebih cepat ialah dengan mengelakkan diri anda daripada terus mengambil makanan yang diproses seperti makanan-makanan segera. Namun, perbanyakkan meminum air putih. Selain itu, pada saat ini anda juga boleh memulakan pengambilan minuman teh herba. Selain merupakan sumber antioksidan paling kuat yang dapat membantu dalam memperbaiki fungsi tubuh, ia juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan dapat mengurangi berat badan.

Sunday, 27 March 2016

Perangi Sindrom Monday Blues


Monday Blues? Katakan TIDAK kepada stigma negatif hari Isnin dengan melakukan perkara-perkara mudah ini:

1. Elakkan 'hidup' untuk hari minggu

Kajian menunjukkan bahawa individu yang tertekan dengan kerja lebih gembira pada hari minggu. Elak menanti hari minggu untuk bergembira; cuba rancangkan aktiviti yang menyeronokkan pada hari bekerja, contohnya menonton wayang bersama teman atau pasangan.

2. Relaks

Jika mahu menghabiskan masa sehingga lewat malam, lakukannya pada malam Jumaat atau Sabtu. Jadikan Ahad sebagai hari bersantai di rumah dan berehat secukupnya.

3. Bangun Awal Pada Hari Minggu

Seronoknya tidur sehingga waktu tengah hari! Namun, ia sebenarnya mengganggu corak tidur dan menyebabkan anda berasa letih pada pagi Isnin. Mematuhi kitaran waktu tidur yang sama akan membuatkan anda rasa bertenaga dan cukup rehat sepanjang minggu.

4. Buat Persediaan Pada Malam Ahad

Kurangkan stres pagi Isnin dengan membuat persediaan awal. Siapkan perkara-perkara mudah seperti pakaian atau sarapan untuk hari esok.

5.Tidur Awal

Dapatkan tidur yang secukupnya (7-9 jam) pada hari Ahad supaya anda lebih bertenaga untuk memulakan minggu bekerja.

6. Makan Sarapan

Nampak remeh, tetapi sarapan sangat penting untuk merangsang metabolisma di permulaan hari. Makan hidangan yang seimbang dan mencukupi untuk jump-start hari anda.

7. Dengar Muzik

Semasa bersiap atau dalam perjalanan ke tempat kerja, dengar muzik yang ceria dan menyeronokkan untuk meningkatkan mood bekerja anda.

8. Bersenam

Lakukan senaman atau rutin workout ringkas pada waktu pagi; aktiviti ini membebaskan hormon endorfin yang merupakan penawar stres semulajadi.

9. Tampil bergaya

Gayakan outfit yang dibeli pada hari minggu pada pagi Isnin, atau beri kejutan dengan memakai warna terang seperti merah.

10. Senyum

Stay positive! Senyum ketika bangun dari tidur dan semasa mandi, dan sebarkan aura positif anda dengan memberikan senyuman kepada semua orang yang anda temui.

11. Elakkan Melekat Di Meja Sepanjang Hari

Ambil beberapa minit setiap jam untuk refresh dengan melakukan regangan atau menghirup udara segar, serta elakkan makan tengah hari di dalam pejabat.

Thursday, 24 March 2016

Morning Sickness

Rasa loya atau mual seringkali dialami si ibu yang bakal menerima kehadiran ‘orang baru’. Terdapat segelintir wanita yang mengalami kesukaran ini di peringkat awal kehamilan. Namun, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang kesulitan atau muntah-muntah walaupun hamil bayi sulung. Bagi yang mengalami simptom yang mencetuskan ketidakselesaan ini, panduan berikut boleh anda ikuti.

1)Minum setengah gelas air atau jus buah-buahan segar
Wanita hamil digalakkan untuk menambah kuantiti cecair di dalam badan. Caranya dengan minum setengah gelas air atau jus buah-buahan segar dengan lebih kerap. Cecair yang banyak di dalam badan tentunya membuatkan anda sering berulang-alik ke tandas. Jangan sekat urine anda! Ini kerana ia mampu menyingkirkan Beta HCG.

2)Usah berhenti mengunyah
Bagi mengelak rasa mual, anda perlu mengambil makanan ringan seperti biskut, buah-buahan kering termasuk kismis, kurma, prun, epal dan kekacang. Kandungan glukosa dan serat tinggi yang terdapat dalam buah-buahan kering melancarkan pembuangan air.

3)Elakkan ubat-ubatan
Jangan mengambil ubat-ubatan untuk melegakan rasa loya. Sekiranya anda mengalami mual yang teruk, dapatkan bantuan segera dari doktor.

4)Atur pola makan
Sudah pasti nutrisi yang cukup diperlukan bagi tumbesaran janin di dalam kandungan. Elakkan dari meninggalkan waktu makan yang ditetapkan kerana perut yang kosong akan menyebabkan angin di dalam perut. Ia sekaligus mengakibatkan anda berasa lebih mual.

5)Pilih kesibukan
Cuba untuk melakukan aktiviti mengemas rumah yang ringan walaupun memenatkan. Kelekaan anda menguruskan rumah dapat melupakan seketika rasa tidak selesa.

Tuesday, 22 March 2016

Merawat Kulit Kusam

Kulit wajah yang kusam akan menghilangkan seri wajah kerana kelihatan tidak bermaya dan tone warna yang tidak sekata. Wajah yang kusam akan kembali segar dengan mengamalkan penggunaan masker/scrub dari buah-buahan seperti betik, epel dan sebagainya. Ini kerana ia mempunyai kandungan zat mineral dan vitamin yang tinggi, baik untuk wajah bagi menganti sel-sel kulit yang mati.



Terdapat beberapa ramuan masker/scrub yang boleh di amalkan. Di antaranya ialah:

Betik
  • Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam.

Tomato
  • Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.

Mentimun
  • Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.

Epel
  • Kisar sebiji epel yang telah dibuang pulur dan biji. Kemudian dicampur dengan 1 sudu makan madu. Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.

Strawberry
  • Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.

Karot
  • Kisar sebatang karot dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan dibiar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.